NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - viii
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - viii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberi penerangan mengenai keperluan asas tanaman iaitu udara, cahaya, air, nutrien dan media tanaman. Seterusnya, guru MAHIR memberi penerangan mengenai perbezaan jenis baja. Selain itu, guru MAHIR memberi penerangan mengenai cahaya iaitu spektrum, keamatan dan photoperiod. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai air iaitu kendungan oksigen, suhu, pH dan EC.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: